15 cedera nahas bas ekspres, lori di laluan Sungai Buaya-Rawang, trafik sesak lebih 7 kilometer
15 cedera dalam nahas berkenaan, termasuk tiga parah.
42 penumpang termasuk dua pemandu, dengan 38 penumpang berjaya keluar dalam keadaan selamat
GOMBAK - Sebuah bas ekspres yang membawa 42 penumpang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 5.24 pagi.
"Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 21 kilometer.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan penumpang bas.
"Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 5.51 pagi, mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan lori," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Ahmad Mukhlis berkata, terdapat lima mangsa tersepit, membabitkan empat penumpang bas dan seorang pemandu lori.
Keadaan di lokasi kemalangan lori dan bas ekspres pada Ahad.
"Bas berkenaan membawa seramai 42 penumpang termasuk dua pemandu, dengan 38 penumpang berjaya keluar dalam keadaan selamat," katanya.
Beliau berkata, empat penumpang bas tersepit, namun tiga daripada mereka berjaya dikeluarkan, manakala seorang lagi masih tersepit ketika ini.
"Pemandu lori juga sudah berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, operasi masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas dengan menggunakan peralatan khas," katanya.
Get notified of the best deals on our WordPress themes.
15 cedera dalam nahas berkenaan, termasuk tiga parah.